Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/HM VISIT.jpg



 

PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH

Tatacara penghantaran permohonan ke Jabatan Buruh melalui Peti Permohonan (Dropbox) / Tatacara mengambil keputusan permohonan di Jabatan Buruh boleh dimuat turun:


Tatacara Menghadapkan Permohonan ke Jabatan Buruh melalui Peti Permohonan_Malay.pdf


Guideline to Submit Applications to the Department of Labour via Peti Permohonan_English.pdf


There are no items to show in this view.

PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH

Khamis, 03 Muharram 1443H bersamaan 12 Ogos 2021M


Berikutan kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri bertarikh 03 Muharram 1443 bersamaan 12 Ogos 2021 mengenai tempoh bekerja bagi Business Continuity Plan (BCP) dan merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 01 Muharram 1443 bersamaan 10 Ogos 2021 mengenai dengan jenis perkhidmatan dan waktu perkhidmatan di ke empat-empat daerah, Jabatan Buruh ingin mengemaskini dan seterusnya memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di ke empat- empat daerah akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KAEDAH PENGURUSAN BAGI PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN DI JABATAN BURUH

Selasa, 01 Muharram 1443H bersamaan 10 Ogos 2021M


Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan bertarikh 29 Zulhijjah 1442 / 09 Ogos 2021 dan 01 Muharram 1442 / 10 Ogos 2021 berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh bertarikh 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 09 Ogos 2021 mengenai dengan jenis perkhidmatan dan waktu perkhidmatan di ke empat-empat daerah, Jabatan Buruh ingin mengemaskini maklumat mengenai kaedah pengurusan bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut: 



MAKLUMAN PERKHIDMATAN KAUNTER DI JABATAN BURUH

Isnin 29 Zulhijjah 1442H bersamaan 09 Ogos 2021M


Berikutan dengan Kenyataan Media Kementerian Kesihatan bertarikh 27 Zulhijjah 1442 / 07 Ogos 2021 berhubung dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Buruh ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu perkhidmatan kaunter di Jabatan Buruh di keempat-empat daerah akan dibuka bermula 08.00 Pagi hingga 11.00 pagi dan 02.00 Petang hingga 03.30 petang dengan menghadkan jenis perkhidmatan dan jumlah keramaian pada satu masa dan juga mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah pemeriksaan suhu badan, kewajipan untuk mengimbas QR Code Jabatan Buruh melalui aplikasi BruHealth setiap kali masuk dan keluar, penggunaan PPE serta penjarakan sosial bermula hari Isnin, 29 Zulhijjah 1442 bersamaan dengan 09 Ogos 2021 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.



Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.


 

LPA Video