Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksServices - Labour Enforcement

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Pengenalan :

Fungsi dan Peranan
Carta Organisasi​

  • Menguatkuasakan undang-undang yang dikawal oleh Jabatan Buruh terutama sekali Perintah Pekerjaan, 2009.
  • Memastikan kesejahteraan pekerja dan persekitaran pekerjaan yang harmoni.
  • Memastikan majikan mematuhi undang-undang dan peraturan yang   dikuatkuasakan.
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman pekerja mengenai hak-hak mereka sepertimana yang digariskan di dalam undang-undang.
  • Memastikan alamat perusahaan, kegiatan atau perumahan pekerja asing  adalah teratur dan selaras menurut kehendak Bab 86 Perintah Pekerjaan 2009 (Penempatan Pekerja). 





Carta Organisasi_LED.PNG



PENGESAHAN ALAMAT
Definisi Pengesahan Alamat :   Alamat perniagaan & tempat tinggal pekerja - pekerja yang diperakui sah oleh Jabatan Buruh.

Objektif :​                                  Bagi memastikan majikan menyediakan tempat pekerjaan dan tempat tinggal pekerja yang teratur dan selaras dengan                                                                      kehendak Undang-  Undang.

​Undang-Undang :                   Majikan hendaklah membuat pengisytiharan / memaklumkan secara bertulis kepada Pesuruhjaya Buruh jika berhasrat untuk                                                               menempatkan pekerja-pekerja asing di suatu tempat bagi tujuan pekerjaan atau tempat tinggal pekerja bagi memenuhi                                                                     kehendak Bab 86 Perintah Pekerjaan, 2009 (Penempatan Bekerja) 

Pemeriksaan
  • ​ Pemeriksaan akan dijalankan ke atas semua industri 3-6 bulan selepas LPA dikeluarkan.

  •  Bagi industri pembinaan dan pemeliharaan, pemeriksaan akan dilakukan sebelum dan selepas kebenaran LPA dikeluarkan 


Borang Pengesahan Alamat​
  •  Borang Pengesahan Alamat hendaklah dihantar sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dihadapkan 

  • Sekiranya salah satu alamat tidak diperakui sah maka Lesen Pekerja Asing boleh dibatalkan serta merta 

 PENGESAHAN ALAMAT KEGIATAN PERNIAGAAN / PERUMAHAN PEKERJA


1) Majikan hendaklah mengisikan Borang Pengesahan Alamat Kegiatan Perniagaan dan Borang Pengesahan Alamat Tempat Tinggal/Perumahan Pekerja.
 
2) Setiap majikan hendaklah mengisikan Borang Pengesahan Alamat yang berlainan bagi setiap jenis kegiatan syarikat mengikut rujukan PJB.

3) Majikan hendaklah menyertakan Perjanjian Penyewaan tempat yang masih sah. 

4) Tempat kegiatan hendaklah di bangunan / kawasan komersial.

5) Tempat tinggal/perumahan pekerja hendaklah mematuhi kehendak mana-mana undang-undang/peraturan bertulis di negara ini.

6) Jika tempat aktiviti perniagaan / tempat tinggal pekerja di atas Tanah Persendirian, hendaklah mempunyai syarat khas tanah bagi perniagaan atau perniagaan sampingan dan jugs hendaklah mempunyai kesiapan kemajuan (OP) dari ABCi.

7) Tempat aktiviti perniagaan / tempat tinggal pekerja hendaklah tidak ditempatkan di Rancangan Perumahan Negara/SkimTanah Kurnia RakyatJati dan Kampong Ayer.

8) Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran dari Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini jika ada sebarang tambahan alamat perniagaan, pejabat atau cawangan dan tempat tinggal pekerja. 

9) Majikan hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Buruh dengan mengisikan Borang Pengesahan Alamat ini setiap 2 tahun.

10) Borang ini boleh dihadapkan oleh majikan atau agensi pekerjaan yang berdaftar.





ADUAN

Tatacara Membuat Aduan


• Pekerja hendaklah dalam kategori pekerja yang terlindung dibawah Perintah Pekerjaan, 2009.

• Gaji pekerja hendaklah tidak melebihi dari $3000.

• Perkara yang diadukan hendaklah isu perburuhan seperti tidak dibayar gaji, cuti rehat tidak diberikan, tiada kontrak pekerjaan, kerja lebih masa tidak dibayar, dll.

• Perkara yang diadukan hendaklah tidak lebih daripada tempoh 1 tahun semasa aduan dilaporkan.

• Bagi aduan secara berkumpulan, bolehlah diwakili oleh seorang pengadu sahaja.

 Aduan boleh dilaporkan di cawangan-cawangan berikut:
✓ Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis
✓ Cawangan Pejabat Buruh Daerah Tutong, Bangunan Pejabat Daerah Tutong
✓ Cawangan Pejabat Buruh Daerah Belait, Bangunan Pejabat Daerah Belait
✓ Cawangan Pejabat Buruh Daerah Temburong, Bangunan Pejabat Daerah Temburong 


Dokumen yang diperlukan semasa membuat aduan:
✓ Laporan polls
✓ Kad pengenalan
✓ Passport pekerja
✓  Kontrak perkhidmatan pekerja
✓ Kad kerja ('Job card') / 'Time Card'
✓ Dokumen — dokumen yang berkenaan

Proses Membuat aduan

                   






                      Tatacara Aduan.PNG




Berikutan menularnya wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sebagai salah satu usaha mencegah dan membendung penularan wabak penyakit COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan atas saranan Kementerian Kesihatan pada situasi masa kini, dengan ini Jabatan Buruh ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di Jabatan Buruh di keempat-empat daerah akan ditutup buat sementara mulai pada hari Rabu,30 Rejab 1441 bersamaan dengan 25 Mac 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dari itu, berikut adalah Tatacara Membuat aduan / Pertanyaan berhubung Pertikaian Kerja dan Hal Ehwal Perburuhan terutama semasa  penutupan kaunter tersebut:



Tatacara Aduan_2020.PNG



GARISPANDUAN MAJIKAN / PEKERJA

LED 3.jpgLED 4.jpg