Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JERAYAWARA BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Jabatan Buruh telah mengadakan Jerayawara bersama Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang pada hari Sabtu, 27 Ogos 2022 di Dewan Tripartite, Tingkat 1, Jabatan Buruh.

Jerayawara yang disertai oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya majikan syarikat dan domestik dalam tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.

Jerayawara tersebut memfokuskan kepada majikan-majikan syarikat dimana mereka telah diberikan taklimat penerangan akan tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Buruh ingin menekankan kepada setiap majikan supaya akan sentiasa memantau hal ehwal kebajikan dan keberadaan pekerja mereka menurut kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 & mana-mana perundangan serta peraturan-peraturan pihak Kerajaan yang berkuatkuasa pada masa ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang di ambil di atas mereka atau pekerja masing-masing.

Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

 

Image 1.jpeg Image 2.jpeg Image 3.jpeg

Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
27 Ogos 2022




Attachments