Bahagian Piawaian Perburuhan

Acara Terkini
Aduan
Perkhidmatan Kaunter
Isnin hingga Khamis dan Sabtu
8.00 pagi - 1130 pagi
2.00 petang - 3.30 petang
Hubungi

Jabatan Buruh
Jalan Menteri Besar,BS3910
Negara Brunei Darussalam

Talian: 2383006
Talian Faks: 2383244

Emel:
info.buruh@buruh.gov.bn

* Borang Maklumbalas

Links

Bahagian Piawaian Perburuhan Dan Agensi Pekerjaan adalah salah satu Bahagian yang terdapat dalam struktur Jabatan Buruh. Pada awalnya, Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Pemeriksaan yang mana antara tugasnya itu adalah menerima permohonan bagi mendapatkan Lesen Pengambilan Pekerja Asing dan seterusnya mengadakan temuduga keatas majikan bagi lesen buruh baru dan juga melakukan pemeriksaan ketempat kegiatan majikan sebelum ianya dibenarkan, selain itu tugas menerangkan dan mengakusaksi kontrak pekerjaan juga dijalankan oleh Bahagian ini. Pada akhir tahun 90an, peranan dan tanggungjawab Bahagian ini telah dimantapkan lagi dan namanya telah diubah kepada  Bahagian Piawaian Perburuhan, dengan peranan yang sama masih  diteruskan. Pada tahun 2008, pemeriksaan biasa (ordinary inspection) atau berkanun mula diadakan semula sehinggalah kehari ini.

Unit Pemeriksaan
  1. Menjalankan pemeriksaan ketempat pekerjaan termasuk perumahan pekerja mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perintah Pekerjaan 2009 Bab 118; Kuasa untuk memasuki, memeriksa dan menyiasat, Bab 119; Notis pemeriksaan kepada majikan, dan Bab 120; Kuasa-kuasa Pesuruhjaya Buruh dan pegawai yang diberi kuasa semasa pemeriksaan. Ada tiga (3) kaedah pemeriksaan:-
  • Pemeriksaan Harian/ Berkanun

Bertujuan untuk mempastikan Piawaian Perburuhan sentiasa diamalkan dan dijaga   ditempat pekerjaan

  • Pemeriksaan Mengejut (Spot Inspection)

Pemeriksaan tanpa jadual dan bertujuan untuk mempastikan majikan mematuhi peraturan dan undang-undang Buruh

  • Pemeriksaan Lanjutan

Mempastikan semua arahan dan juga teguran dipatuhi majikan dan pekerja
Serta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu isu perburuhan

Unit Kontrak Pekerjaan

Menerangkan dan meneliti syarat-syarat dan juga kandungan kontrak serta menandatangani kontrak pekerjaan seperti kehendak Bab 10 (1), (a) dan (b) Perintah Pekerjaan 2009.

  • Bab 10 (1): (a) & (b) tempoh kontrek melebehi 1 bulan dan hendaklah bertulis dan ditandatangani oleh majikan dan pekerja
  • Pekerja baru mesti hadir
  • Pekerja yang membaharui kontrek tidak perlu hadir
  • Pertukaran kontrek pekerja  MESTI  hadir

Unit Agensi Pekerjaan

  • Terletak di tingkat 4, Jabatan Buruh, Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.

  • Unit Agensi Pekerjaan adalah sebuah unit dibawah Bahagian Piawaian dan Perburuhan, Jabatan Buruh yang memberikan perkhidmatan untuk mengesahkan agensi-agensi pekerjaan yang mendatangkan pekerja asing ke Negara Brunei Darussalam.

  • Berperanan juga dalam penguatkuasaan Perintah Agensi Pekerjaan 2004.

  • Perintah Agensi Pekerjaan 2004: kesemua Agensi-Agensi Pekerjaan yang berhasrat membawa masuk pekerja asing bagi tujuan pekerjaan ke negara ini mestilah mempunyai lesen bagi kegiatan Agensi Pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh.

    Perintah Agensi Pekerjaan 2004, Section 6(1)
    “No person shall carry on an employment agency unless he is the holder of a license granted by the Commissioner (of Labour)”

    Perintah Agensi Pekerjaan 2004, Section 6(2)
    “Any person who contravenes or fails to comply with subsection (1) is guilty of an offence and liable on conviction to a fine not exceeding $5000, imprisonment for a term not exceeding one year or both and in the case of a second or subsequent conviction to a fine not exceeding $10,000, imprisonment for a term not exceeding 3 years or both”.
  • Lesen Agensi Pekerjaan

    Syarat-syarat lulus lesen adalah seperti berikut :

    1.Hendaklah berdaftar sebagai Agensi Pekerjaan sahaja dan tidak tercampur kegiatan lain (16 & 17);

    2.Lulus tapisan pemeriksaan keselamatan (‘Security Vetting’) dari Polis, Pendaftar Mahkamah dan Keselamatan Dalam Negeri;

    3.Mempunyai Tenancy Agreement bagi pejabat syarikat (Jika berkenaan);

    4.Lulus pemeriksaan premis agensi;

    Perintah Agensi Pekerjaan 2004, Section 10(e)
    “There are suitable premises for carrying on such business (employment agency)”

    5.Menjelaskan pembayaran bagi lesen ($500.00) dan sekuriti deposit (mengikut kategori);

    6.Tiada kes perburuhan.

    AGENSI-AGENSI PEKERJAAN

    Kategori Lesen dan Bayaran Sekuriti

    1. Pembayaran Sekuriti Deposit hendaklah secara tunai atau Cek yang mempunyai pengesahan bank (‘Endorsed Check’).
    2. Bayaran dikenakan sekali sahaja.
    Kategori Lesen
    A
    Bagi mendatangkan pekerja asing dalam perkhidmatan rumahtangga (Amah) sahaja
    B
    Bagi mendatangkan pekerja asing dalam sebarang jawatan (Umum) disektor swasta
    C
    Gabungan A dan B
    D
    Bagi syarikat yang ingin menubuhkan agensi pekerjaan untuk keperluan sendiri (memiliki sekurang-kurangnya 100 pekerja orang atau lebih)

     

    Agensi-agensi yang telah dilesenkan
    • Sebanyak 12 Agensi telah dilesenkan (dikemaskini pada 26 September 2011).
    • Agensi-agensi tersebut beserta alamat dan nombor hubungan mengikut kategori adalah seperti berikut:
    SENARAI AGENSI YANG SUDAH DILESENKAN
     
    BIL NAMA SYARIKAT AGENSI ALAMAT NO TELEFON KATEGORI
    1 YEO LINK EMPLOYMENT AGENCY NO 9, 2ND FLOOR, BLOCK B, ABD RAZAK COMPLEX, JLN GADONG BE4119 2454289/
    8755586
    C
    2 LRK EMPLOYMENT AGENCY NO.3, BANGUNAN KHB HJH KAISAH DAN ANAK-ANAK, KG MATA-MATA GADONG BE1718 8737785 C
    3 BEBEST EMPLOYMENT AGENCY UNIT 1 - 6, 1ST FLOOR, BANGUNAN HJ SULAIMAN, SENGKURONG, BG1121 8720306 C
    4 JAYA BAHAGIA EMPLOYMENT AGENCY LOT Q11-Q13, 1ST FLOOR, TAPAK PERINDUSTRIAN LAMBAK KANAN, BERAKAS BB1714 2394481/
    8711553
    B
    5 NUR MEWAH EMPLOYMENT AGENCY UNIT 6, TINGKAT 1, BLOK B, KOMPLEKS CHEMPAKA, JLN TUTONG, BA1311 8636939/
    8722802
    C
    6 IVYAN LINK EMPLOYMENT AGENCY UNIT NO 14, BLOCK A, 2ND FLOOR, BANGUNAN BEGAWAN PEHIN DATO HJ MD YUSOF, SPG 88, KG KIULAP, BSB, BE1518, BRUNEI DARUSSALAM 2236073(4)/
    8863222
    C
    7 HAKMAH JAYA EMPLOYMENT AGENCY NO 2, 1ST FLOOR, TELANAI POINT, KG SUNGAI KETAM, KM 7, JLN TUTONG, BF1112 2652556/
    8717676
    C
    8 T.S. KING EMPLOYMENT AGENCY SUITE NO 6, 3RD FLOOR, BADI'AH COMPLEX, KM2, JLN TUTONG, BSB BA2112 2222401/405/ 8743110 C
    9 BASMA RAZAQ EMPLOYMENT AGENCY NO.2, SPG 48, 2ND FLOOR, ROOM NO 19, CAHAYA DELIMA, KG PANCHA DELIMA, BB4513 2337155/
    8847579
    C
    10 DUMI LOKOM EMPLOYMENT AGENCY UNIT 2, 1ST FLOOR, TAN BEE YONG, SIMPANG 5, KG MENGLAIT, JLN GADONG, BE2719 8739830/ 2426639 C
    11 ASDEEN EMPLOYMENT AGENCY UNIT 3, TKT BAWAH, BANGUNAN IBU PEJABAT PERSATUAN PENGAKAP, JLN GADONG, BE4119 2455106/ 8867885 C
    12 MISHAH EMPLOYMENT AGENCY 1322, KG TANJUNG BUNUT, JLN TUTONG, BF2929 8735890/ 2660945 C
    13. WANZEE EMPLOYMENT AGENCY UNIT 21,BLOCK C, GROUND FLOOR , COMPLEX MELABAU UTAMA, SERUSOP
    JLN MUARA. BSB
    2335006/
    8777382
    C